About Me

My photo
Malaysia
Agen sah Dianz Vitamin ............

Monday, January 11, 2010

potty training

salam,

hari tu saya ada bagi tau kan yg dak ariq tak sihat..... alhamdulillah hari ni dia dah sihat.. hhmmmm.. nak citer skit keadaan ariq pada hr selasa semasa saya nak ambik ariq pada petang hari tu...... pagi selasa tu saya dah pesan dekat penyelia taska supaya bagi ubat cirit birit, ubat sakit perut dengan air garam dekat ariq... penyelia tu anguk2nya ( anguk2 tanda tak paham upanya).....

petang sy nak ambil tu, ada satu penjaga ni bagi tau ariq cirit birit, dia tanya saya tak tinggalkan ubat ke... saya dah terkejut dah... saya bagi tau kat dia... saya dah tinggalkan ubat dengan air garam supaya bagi dekat ariq, saya cek bakul ariq, ubat dengan air garam tak terusik langsung... petang sy ambil ariq tu, badan ariq lemah je... tau2 je la kan, budak cirit birit n muntah2, makan pulak tak da selera, bergantug pada susu jer... mana nak ada tenaganya..... suruh bagi air garam penjaga tu tak bagi.... mlm tu sy bagi air glukos dkt ariq supaya ada tenaga skit, bnyk dia minum air glukos tu, tp lepas dia minum, terus termuntah balik air glukos tu.... badan dia lak makin lemahhh jee..... sian sy tengok dia....

esok tu mmg sy tak hantar kat taska, sy ambil cuti jaga sendiri ariq, alhamdulillah kini ariq dah sihat, makan pun dah kembali normal iaitu pantang tngk makanan semua pun nak makan. heheh...

wajah ariq lepas bangkit dr tido.. time ni waktu lepas g kencing

berbalik pada tajuk asal pasal potty training, sy percaya ibu2 kat luar sana dah mula ajar anak2 potty training seawal usia anak 12 bulan kan. bnyk blog ibu2 yg saya baca ada menceritakan tentang potty trainig anak2.

saya pun dah memulakan potty trainig dkt ariq sejak ariq berusia 12 bulan. biasanya sy buat pada hari sabtu dan ahad je, hari2 lain tak sempat nak buat, kojo kan...... biasanya pagi2 ariq bangkit dari tido, saya bukakan CD ariq, tarik dia msk tandas..... pastu buat bunyi ssshhhhtttt...... dengar je bunyi tu dia akan pegang bird2 dia,, pastu dia akan buang air kecil la.... lepas je dia kencing tu, saya dah tak pakaikan dia CD blk, pakaikan seluar je smpai tengah hari... sejam sekali sy akan tarik dia msk tandas.. kadang2 dia kencing, kadang2 dia tak kencing, tapi kadang2 terkencing jugak ariq atas lantai. nak kena banyak bersabar skit la kalau kita nak potty trainig anak2 ni....kempis je ponggong ariq bila tak pakai CD, sila abaikan pemandangan sekitar rumah tu yer.... itu semua ariq punya keje.

alhamdulillah sejak semlm ariq dah ada kemajuan skit.... bangun je dari tido dia sendiri suruh saya bukak CD nak kencing, CD pulak tak basah, kering je....dia dah jarang kencing malam..... kadang2 basah jugak CD dia....

sepanjang saya cuti untuk jaga ariq ni,.. saya tak pakaikan CD ariq sepenuhnya di siang hari kecuali kalau nak keluar je..... yer.... ariq akan terkencing jugak atas lantai... ada satu hari tu.... ariq teryek2 atas lantai... saya tak perasan langsung sbb tengah kusyuk tengok tv, sekali ada bau yg menusuk kalbu, baru la saya perasan ariq ngah wat keje...... bak kata ijan, anakkk anakk.......

penat.... mmg penat tapi nak kena bnyk bersabar la bila kita nak hasil yg memberangsangkan.

dekat rumah ariq dah pandai bgi signal kat saya bila dia nak kencing, tak tau la kat taskan mcm mana... tau je la, org lain tak kan paham kerenah anak kita......
ariq tak pakai CD

No comments: