About Me

My photo
Malaysia
Agen sah Dianz Vitamin ............

Monday, October 19, 2009

cerita hujung minggu

salam,

hari sabtu lepas sedang penganut agama hindu sedang sibuk meraikan hari deepavali, saya dan ariq telah mengambil kesempatan untuk pergi jalan-jalan cari makan di rumah mommy qaisara. saya tak dapat nak drive kereta sebab ariq tak mau langsung duduk dalam car seat, ariq akan melalak sampai keluar anak tekak kalau letak atas car seat. jadinya pakcik ariq iaitu abg saya telah menghantar saya sampai komuter serdang, dari komuter serdang saya menunggu aunty ariq dtg jemput iaitu yana dan uncle faizal untuk ke rumah mommy qaisara.


aunty yana kat mana tu? ariq dah sampai kat komuter nie

di rumah mommy qaisara, ariq dapat berjumpa dengan sahabat lama dia iaitu asyraf yg telah pun sihat dari kecederaan yg di alami. ariq jual mahal skit bila tengok asyraf dan qaisara.. ariq lebih berminat dengan barang2 dan perkakas yg terdapat di rumah mommy qaisara.....asyraf lak sibuk dok mengorat qaisara..... memang romeo la asyraf ni......:D

di rumah mommy qaisara.. ariq mmg tak betah duduk diam... ada je kerja yg hendak dilakukannya.... sampaikan sy tak puas mkn nasi ayam n bihun sup yg dimasak mommy sara... mmg sedapp la mommy sara masakk.....

ariq dengan asyraf....

disebabkan qaisara satu2nya bunga yg ada... jadinya qaisara menajdi rebutan antara dua jejaka... qaisara masa asyraf dok ngorat dia... jual mahal jerrr dia.........

para ibu dan ayah mmg geli hati melihatkan gelagat mereka bertiga ni.....

ini la qaisara permaisuri idaman asyraf n ariq......

Friday, October 16, 2009

senyuman ceria si comel

salam....

contest lagi... hehehhe, ni dah kali ke berapa pun saya tak tau.... saje kan cuba nasib, mana nak tau kan untung2 ada rezeki ariq...ariq nie memang jenis budak yg suka senyum....pantang di agah senyum la dia...hehehhe...

hhmmm, bnyk sngt gmbr ariq yg tengah senyum, ariq, mama tak tau la nak pilih yg mana..... terserahlah pada pihak penganjur nak pilih yang mana..... hehehhe






NAMA PESERTA : MUHAMMAD ARIQ ANUAR BIN MOHD KHAIRIL ANUAR
UMUR : SETAHUN


hhmm,,,, siapa2 yg nak join contest ni boleh la ke sini


syarat untuk menyertai contest ni seperti berikut :

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira

ariq di klinik nilai...


salam,

semlm mama bawa ariq pergi klinik check up untuk setahun. ariq memang baik sangat berada di klinik, berjalan sana, berjalan sini, sentuh barang sana, sentuh barang sini,,, huh... penat mama dibuatnya.......

semasa hendak diberikan suntikan kepada ariq, ariq menangis... hhmmm, ariq menangis bukan sebab nak kena suntik, tapi sebab dia rimas kena peluk.... mama dengan nenek pegang ariq masa nurse nak suntik ariq..... lepas je kena suntik mama lepaskan ariq dekat lantai, terus diam dan terus berjalan sana sini.... lasak betul la anak mama ni.......

alhamdulillah ariq tak demam selepas kena suntikan......

ariq dah 9kg bila timbang semalam. nurse tu tanya mama,

nurse : anak puan minum susu macam mana?
mama : alhamdulillah kuat jugak menyusu.....
nurse : minum susu apa?
mama : susu badan je
nurse : hmm, puan kena ajar anak puan minum susu formula sebab bila budak umur dah setahun, susu puan tak cukup untuk dia. puan kena campurkan dia minum susu formula.
mama : dengar je nurse tu mengomel...
nurse : susu puan banyak lagi ke
mama : alhamdulillah cukup untuk anak saya
nurse : makan mcm mana pulak
mama : anak saya kuat makan, pantang tengok org makan dia nak makan...
nurse : puan kena bagi anak puan makan makanan yang bergoreng macam ikan goreng, ayam goreng, sayur goreng...
mama : @#^&&*

hhmmm, itu antara perbualan mama dengan nurse tu, yang menjadi kehairanan saya, kenapa nurse tu nak bagi nasihat suruh top up dengan susu formula. kan ke bagus kalau nurse tu bagi nasihat macam ni... "puan kena ambil makanan yang berkhasiat supaya susu puan mengandungi khasiat yang secukupnya untuk anak puan"......

yang pasal makanan pulak, berat badan ariq naik dari 7.9 kg kepada 9kg, bukannya menurun ke makin kurus ke..... knp nurse tu nak suruh bagi benda2 yang bergoreng... sedangkan kita org dewasa pun tak berapa molek makan benda bergoreng.......

hhmmm........ masuk telinga kanan keluar telinga kiri je laa kata2 nurse tuuu....

Thursday, October 15, 2009

aksi ariq



salam kawan-kawan..... layan la gmbr2 ariq nie..... mcm2 gaya dan aksi ada kan kawan2.

hhmm, tengah hari nie mama nak bawa ariq g klinik untuk ambil suntikan setahun. aduhhh mesti sakit kan kawan2......

Monday, October 12, 2009

wiper si putih ku kena curi

uhuk uhuk uhuk, kesian dekat si putih ku, wiper cermin belakang si putih kena curi. siapa la yang jahat sangat tu.... sampai hati die curi barang dekat si putih ku, dahh nampak togel si putih tanpa wiper.

ku g kerja hari2 ku parking kereta dekat stesen komuter nilai, pada mulanya ku tak perasan wiper ilang.... hari jumaat ku nak wipe cermin belakang, sekali ku tngk tak bergerak.. ku ingatkan benda tu rosak ke jem ke.. almaklumlah kereta dah lama kan, mesti la ada rosak sana sini...... tiba pagi semalam ku tengok siputih dah togel..... baru ku perasan yang si putih dah kena rompak, patutla ku nak wipe cermin benda tu tak gerak2...

ku memang geram dengan org yang merompak si putih ku tu.......

Wednesday, October 7, 2009

setahun sudah


salam,

selamat hari lahir, selamat hari lahir, selamat hari lahir ariq, selamat hari lahirrrr.....


hari ini genap anak bujangku memasuki usia setahun. dalam mengijak usia setahun ni dah macam-macam perangai yang ditunjuki oleh ariq.

dalam usia setahun nie dah ilang wajah comel ariq ketika bayi-bayi dulu. muka ariq dah nampak mcm kanak2 dah, huhu, ariq mama belum puas la tatap wajah comel ariq.......

hhmmm, dengan memasuki usia setahun bermakna dah setahun ariq menyusu dari ku.... petang2 bila sy blk kerja ariq akan selak baju tanda die nak nenen. heheh geli hati je tengok gelagat ariq nie. penat keje terus ilang bila tengok gelagat ariq nie.

selain itu, dah setahun jugak ku tak pe'od. ada kwn2 mengusik ntah2 ariq nak blh adik kot. heheheh, tp sbnrnya tak, ku tak pe'od sbb menyusukan ariq. hehhehe....

Monday, October 5, 2009

ragam


salam,

lagi beberapa hari anak teruna ku akan memasuki usia setahun. sekejap je masa berlalu, rs macam baru semalam ku melahirkan dia. sekarang nie ariq peel die memang "baik sangat" xboleh mama angkat punggung sikit, terus melalak..... cuba korang bayangkan, setiap kali ku nak mandi, mesti kena mandi bersama2 dengan ariq, xblh mandikan ariq dlu kemudian baru ku mandi, tak boleh yer... kena mandi bersama-sama. kalau ku mandikan dia dlu, ntni tiba ku nak mandi, mesti dia nak mandi jugak.

pendek kata mana ku pergi ariq ada sekali la..... betapa "baiknya perangai ariq sekarang".... dgn org lain lansung dia xnak walaupun dengan papa. asyik nak melekat dgn mama je.......

Thursday, October 1, 2009

@ Si Comel Berbaju Raya Contest

salam,

teringin lak nak masuk contest nie, saje suka2 nak isi masa yg terbuang begitu sahaja. tengokkan hadiah menarik2 semuanya... kot2 la ada rezeki anak teruna ku ...hehhe, antara penaja2nya adalah Gin & jacqie,Sherry,EoEonline,leanalittleshop,TH,Mia & Niko .


ini la anak terunaku yg ganteng MOHD ARIQ ANUAR BIN MOHD KHAIRIL ANUAR
dah berusia 11 bulan 3 minggu.... lagi seminggu nak masuk setahun. :D


Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
  • Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
  • Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
  • Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan

  • Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu)
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..

Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen..so mehla ramai-ramai sertai..

suasana di pagi raya






tak tau nak cerita apa... biar je la gmbr yg menceritakan........