Tiada kesetiaan Tanpa kepercayaan Tiada duka Tanpa sengketa Tiada cinta Tanpa air mata
Thursday, January 14, 2010
perkembangan ariq
salam,
dah lama saya tak update tentang perkembangan ariq kan, hari ni terasa nak update pulak....
pada saya ariq ni seorang budak yang bijak ( hehe mesti la nak puji anak sendiri kan, sila jgn rasa jelik pada saya ok )........
ariq pada hari ini berusia 1 tahun 3 bulan 7 hari, pada usia ni antara perkara yg dah boleh ariq lakukan adalah seperti
- boleh menyebut perkataan nek nek ( merujuk nenek ), tet ( merujuk cat ), mbik ( merujuk
ambil), nak, nah ( ariq akan sebut nah bila kita minta sesuatu barang dari dia), mama,
papa, bird. ni je la yg baru ariq pandai sebut.
- dah tau anggota badan seperti mata, kaki dan tangan. kalau kita tanya mana mata, dia akan
kenyitkan mata, kalau tanya tangan dia akan angkat tangan, kalau kaki dia angkat kaki.
- dah pandai menerima arahan, selalu saya akan suruh ariq sendiri masukkan baju kotor
dalam mesin basuh, kemas mainan dia sendiri n mcm2 lagi la.
- dah pandai mkn n minum sendiri. kalau kita nak suapkan nasi atau apa2 je.. dia akan sibuk nak makan sendiri. bila sy mkn nasi dgn papa, saya akan letakkan sekali nasi ariq dlm pinggan untuk dia makan sendiri. kalau ariq mkn sendiri mmg satu dapur la akan bersepah.
- dah tau bagi signal nak kencing atau yek yek. signal dia mudah je... kalau dia pakai CD, dia suruh sy bukak CD tu, kalau dia tak pakai CD, dia akan pegang bird2 dia. smlm buat pertama kalinya ariq berjaya yek yek dlm bilik air. mcm ni kisahnya, saya baru lps suap makan ariq, saya bukak baju n segalanya nak salinkan yg baru sbb baju tu dah kotor, saya masuk bilik air nak basahkan kain nak lap badan ariq, sekali saya nampak ariq pergi menyandar kat pintu, tangan dok pegang bird2, saya panggil dia suruh masuk dlm bilik air, ayat sy mcm ni " Muhammad Ariq meh masuk bilik air kencing kat sini", dia berlari2 dtg kat saya, sampai je kat saya, ariq buat muka mengeram nak yek yek.. hhmm,, buk bak buk bak jatuh yek yek dia... bau pulak, menusuk kalbu.... dah mcm org dewasa punya jee.......
- buat bunyi kucing, bunyi harimau
- dah pandai bersalam, give me five, bye bye
bnyk lagi la yg ariq dah tau buat, tak tersenarai pulak oleh saya..... semua kanak2 pun bijak, memang Allah ciptakan kebijaksanaan kepada kanak-kanak.
saya betul2 respect dekat baby qarissa, umur awal setahun dah boleh membaca. saya ambil panduan jugak la dari ibu qarissa dalam mendidik ariq untuk menjadi kanak2 yg bijak. saya selalu merujuk pada blog ini dalam mendidik ariq.
suka betul ariq masuk dalam benda alah ni... benda alah ni meja tau, penutup atas dia boleh bukak, ariq mmg sngt suka main dgn benda alah ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment