Tatkala islam sedang berkembang Sayidatina Aisyah merupakan seorang yang cerdik, tangkas dan berkemampuan dalam mengusai ilmu pengetahuan daripada suaminya, Rasulullah SAW. Dalam membantu perjuangan suaminya, dia merupakan perantara untuk menyebarkan ilmu al-quran dan amalan Rasulullah di kalangan generasi terkemudian.
Abu Musa Ashaari berkata:'Kami tidak pernah menghadapi kesusahan kerana apabila kami pergi bertanya kepada Saiyiditina Aisyah, pasti kami mendapat maklumat daripadanya."
Selain itu, Saiyidatina Aisyah seorang isteri yang sentiasa membuatkan Rasulullah SAW senang hati apabila berada disampingnya. Ini terbukti apabila di saat-saat akhir sebelum kewafataan Rasulullah SAW, baginda telah meminta izin daripada semua isterinya agar baginda dapat menetap di rumah Sayidatina aisyah semasa keuzurannya. Akhirnya, Rasulullah wafat pada hari giliran Sayiditina Aisyah.
No comments:
Post a Comment