About Me

My photo
Malaysia
Agen sah Dianz Vitamin ............

Thursday, December 31, 2009

selamat tahun baru 2010


salam semua,

selamat menyambut tahun baru dari saya sekeluarga.... andai ada terkasar bahasa atau ada apa2 penulisan di blog sy yg buat kalian semua rs sakit hati, saya minta ampun dr hujung rambut sampai tapak kaki......

sempena tahun baru ni semoga hajat kalian pada tahun nie tercapai... kalau belum tercapai usaha lagi pada tahun depan sampai tercapai...

alhamdulillah hajat saya untuk memiliki rumah sendiri pada tahun nie hampir tercapai.... nanti sy ceritakan yer psl rumah di entry pada tahun hadapan.....heheh

Wednesday, December 30, 2009

berita hari ini

Nilai - terdapat seoarang ibu muda yang menyusukan susu badan kepada anaknya semalam telah terlupa untuk menyimpan susu yang diperahnya itu ke dalam peti ais. susu itu dibiarkan berada di dalam bag pamnya. akibat daripada kelupaan itu, anaknya hari ini tidak mendapat bekalan susu ketika berada di taska. walau bagaimanapun, ibu muda tersebut telah membelikan air soya v-soy sebagai ganti kepada ebm. ibu muda tersebut membeli air soya dengan harapan dapat menggantikan susu dan anaknya minum air soya tersebut.

kelupaan itu disedari oleh ibu muda tersebut setelah bangkit dari tidur, setelah melihat 3 botol susu yg rosak itu, ibu muda tersebut menangis meroyan kesedihan di atas kealpaan dirinya sendiri...

sekian berita, berita di sunti oleh mama ariq.

Thursday, December 24, 2009

sbb org lain kita kena akibatnya


saya geram

saya tension

saya sakit hati

kenapa saya rasa macam nie.......


sbb pihak lain saya yang perlu menanggung akibatnya....
saya yang perlu menanggung susahnya...........

kalau korang kat tmpt saya.... korang hangin tak??????????

Tuesday, December 22, 2009

Contest "Ceria Si Ayah bersama anak"



salam,

contest lagiii....... hehhehe... kali ni contest si anak dengan si ayah pulak..... contest ni di anjurkan oleh tuan punya blog beautiful girl dan disponsor oleh pu3zdini . papa ariq ni jenis org yg susah sngt untuk bergambar...... kalau nak ambil gmbr dia nak kena pujuk dia dulu baru la dia nak bergambar.....
cari punya cari jumpa jugak gmbr papa dengan ariq.... cam mana, seiras tak muka dua beanak ni... semua org disekeliling sy kata ariq ni ikut muka papa dia........

NAMA PAPA : KHAIRIL

NAMA ANAK : ARIQ

contest ni akan berakhir pada 30 DIS ni...... jadi apa tunggu lagi, jom la pakat2 join contest ni...... nak join contest ni, klik je banner kat atas tuuu ok

Monday, December 21, 2009

taski

salam,

hari hari pertama ariq berada di taski. sebelum ni ariq di jaga oleh kakak ipar merangkap mak sedara ariq, kemudian bila sy berpindah ariq dijaga oleh kak mariah. kak mariah dah tak dapat nak jaga ariq sbb tahun hadapan anak kak mariah awatif akan memasuki alam persekolahan. jadi susah untuk kak mariah menjaga ariq sebab kak mariah kena uruskan anak dia, menghantar awatif ke sekolah, menjemput awatif dari sekolah, selain itu kak mariah ada anak kecik usia 10 bulan. jadi susah skit la dia nak jaga ariq.

setelah beberapa hari saya survey taski untuk ariq, akhirnya terjumpa sebuah taski di taman cempaka. taski ni dah beroperasi 11 tahun. dan sepanjang taski ni beroperasi, tiada lagi kedengaran berita2 buruk mengenai taski ni.

pagi tadi masa menghantar ariq ke taski, ariq melalak tak hingat dunia... suara dia satu taman kedengaran. sayu je sy dengar suara dia, tapi sy perlu cekalkan hati untuk meninggalkan ariq di situ...... harapnya tak lama la ariq melalak. sy berdoa supaya ariq dijauhkan dari segala perkara buruk yg sering sy terdengar di tv, radio mahupun surat khabar. amin.

Thursday, December 10, 2009

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY





salam,

contest lagi... hehehhee........ kali ni contest baby bermuka serius lak......hehhehe...... jom layan gambar2 ariq yg berwajah serius........serius ke wajah anak mama ni????......




NAMA PESERTA : MUHAMMAD ARIQ ANUAR BIN MOHD KHAIRIL ANUAR UMUR : 14 BULAN D.O.B : 7 / 10 / 2008


jom pakat2 join contest ni.... masuk sini untuk mentahui syarat2 penyertaan.

Tuesday, December 8, 2009

story mory

salam semua,

dah lama rsnya sy tak bercerita pnjg dkt blog. hr nie terasa ingin bercerita panjang pulak. mula2 sekali sy nak bercerita tentang hari raya haji baru2 ni... org lain semua dah buat entry psl raya haji, sy baru nak buat, xkisah la...... hr raya haji hari tu sy sekeluarga blk ke melaka. sambut raya disana, tp tak rasa seperti raya haji, rasa mcm seperti hari2 biasa2 jee........ msa kat melaka hari tu papa lepaskan gian memancing ikan.dpt sekor ikan jadila janji dpt lepas gian tarik ikan.... papa dah lama tak memancing sbb bz ngan keje.. dengan ariq sekali memancing, hehehe..... besar ikan yg papa dapat.ni la ikan yg papa dpt.... besar kan...:)

hobi papa memncing ikan, pntang nmpk air dia akan pancing ikan... msa sy dlm pantang dlu hari2 papa g pancing ikan haruan.... 40 hari pantang, 40 ekor ikan haruan yg sy mkn hasil tangkapan papa.:)hhmmm...ariq tengah menggenggam anak ikan haruan tut tut.

nmpk tak gmbr ariq pegang ikan tu, tu anak ikan haruan tut tut, ariq tanpa rasa geli g tangkap anak ikan tu, lepas tu dia nak makan anak ikan tu... hampir2 nak termasuk dlm mulut dah, sib baik sy ternampak.... cpt2 sy tepiskan tngn ariq, kalau tak.... mkn ikan mentah la jwbnya ariq ..... anak ikan tu masih hidup.... msa ariq pegang anak ikan tu, meronta2 anak ikan tu mintak dilepaskan.......
ok ni lak sy nak ceritakan aktiviti mandi di bagan lalang hari tu..... ariq msa mula2 jejakkan kaki atas pasir dia rsa geli skit... terlompat2 dia xnak jln atas pasir tu.....lama lepas tu baru ok...... sama kes jugak msa mula2 msk dlm air...... mula2 xnak lama2 tu xnak naik atas darat lak.....tak puas main air...seronok sngt tngk aksi ariq main air....menangis masa mula2 jejakkan kaki atas pasir....ariq tak nak jln atas pasir sbb rsa gelimula2 xnak lama seronok pulak main pasir... siap blh mkn lagi pasir tu... aish ariq ni, semua benda pun nak msk mulut..huhu
ariq dipimpin oleh papa
seronoknya anak mama main airsmpai ke petang main air walaupun hari hujan, ariq tetap berendam dlm air laut

ok, skrng sy nak citer lak psl air main kereta mainan yg mcm dlm gmbr kat bwh nie... kereta ni kepunyaan sepupu ariq, abg aiman, disebabkan abg aiman dah besar, ariq la jadi tuan punya kereta ni skrng...hehe... kereta ni bergerak pakai bateri, bateri dia blh dicaskan.....bukan main seronok lagi ariq main kereta ni dengan abg aiman... ariq mmg suka bermain dgn abg aiman..... lokasi di kedai mkn kepunyaan mak sy..


hhmmmm,,,,, cuba korang teka ariq tengah buat apa tuu.......... kalau korang nak tau, time tu ariq tengah meneran nak yek yek..... ariq mmg mcm tu, kalau nak yek2 je...dia akan menyandar kat mana2 lps tu dia wat la keje dia...dah siap wat keje baru dia berganjak dr situ...
wajah ariq setelah selesai wat keje....