About Me

My photo
Malaysia
Agen sah Dianz Vitamin ............

Wednesday, August 26, 2009

susu ebm dan bekalan ariq

salam

alhamdulillah dlm 4 hari berpuasa nie bekalan susu untuk ariq masih seperti biasa iaitu 15 oz ebm, 3oz perbotol, ariq minum satu hari 15 oz tambahan pulak die dah mkn pelbagai mcm makanan. setiap hri sy akan bekalkan untuk ariq setengah periuk bubur nasi, satu bekas air ribena, biskut @ roti dan 15oz susu... alhamdulillah setiap kali sy ambil ariq waktu ptg semua bekalan yg sy bekalkan habis dimakan oleh ariq. ariq nie mmg jenis baby yg pemakan( ikut perangai mama die kuat mkan)

berbalik pda susu... sy akan pam 3 sesi di opis

sesi pertama / 10.00 a.m = 6 - 7 oz (alhamdulillah)
sesi kedua / 1.00 pm = 3 oz (alhamdulillah)
sesi ketiga / 4.00pm = 2 1/2 - 3 oz (alhamdulillah jugak)

3 sesi ni dapat la ariq 4 kali minum.

selepas tu sy akan pam pukul 5.00am selepas sahur. dapat dlm 3 oz, kadang2 pg sy skip pam sebab ariq dah habis minum direct. kalo sy skip pam sy akan ambil dr stok. biasa kalo dah ambil dr stok dah tak blh nak ganti blk...huhuhu.....

alhamdulillah walaupun sedang berpuasa, hasil tenusu sy masih lagi sama seperti biasa. semoga Tuhan mempermudahkan urusan sy sepanjang bf ariq. amin.

oh yer, untuk maintankan susu, sy bnyk mkn kacang panjang, lps tu pulak.... bila berbuka sy minum jus kurma.. n bersahur pulak sy minum air horlick n jus kurma jugak.....

jus kurma nie sy buat sendiri je......... caranya, blend buah kurma dgn air msk, blend bnyk2..... lps tu wat stok dlm peti ais... bila nak minum, ambil dr peti ais n terus minum... tak yah letak gula atau pemanis dah, sbb buah kurma nie dah mmg manis...heheh.. cuba la...sedappp tauuuu

No comments: