SHAH ALAM: Halalkah ayam yang anda makan? Persoalan itu mungkin menjadi tanda tanya apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, dekat sini, awal pagi semalam menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat.
Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.
Dalam operasi jam 3.30 pagi semalam dan berakhir tiga jam kemudian itu membabitkan Jais, Jabatan Mufti Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Alam Sekitar. Turut sama dalam operasi itu Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.
Pegawai Jais, Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati ayam itu tidak disembelih dengan betul, tetapi ia diproses sebelum di jual di pasar di sekitar Lembah Klang.
“Ada ayam itu cuma dicucuk lehernya dan ada juga yang disembelih tidak mengikut hukum syarak.
“Selain itu, pemeriksaan juga mendapati pusat penyembelihan ini juga turut mencampur aduk ayam yang hendak dijual kepada orang bukan Islam sekali gus menyebabkan ia tidak halal,” katanya di sini, semalam.
Malah, beberapa tin kosong minuman keras turut ditemui di sekitar premis terbabit.
Difahamkan pusat penyembelihan itu mendapat bimbingan daripada Jakim mengenai cara penyembelihan yang betul.
Mohd Hidayat berkata, operasi besar-besaran itu dibuat selepas pihaknya menerima beberapa aduan daripada pengguna yang curiga dengan status ayam yang dibeli sebelum membuat risikan dan menyerbu pusat penyembelihan ayam terbabit.
“Kami memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan makanan yang dimakan orang Islam dan pusat penyembelihan terbabit diarahkan ditutup serta-merta.
“Semua ayam itu dirampas bagi membolehkan kami melakukan siasatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Enekmen Syariah 10 (a) iaitu perbuatan menyebabkan Islam dipandang hina.
“Kami juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara ini supaya menghubungi Jais untuk tindakan lanjut,” katanya.
p/s : mcm mana erk kalo kita dah termakan ayam yg tak halal??.....
No comments:
Post a Comment