About Me

My photo
Malaysia
Agen sah Dianz Vitamin ............

Friday, February 27, 2009

kenapa....

kenapa yer, tiap kali sy ambil heavy breakfast tak sampai 10 minit lepas sy mkn sy akan pergi melabur?? mcm mana bdn sy nak naik kalau tiap kali sy mkn lps tu sy nak kena buang blk...... dr sudut lain sy bersyukur sbb bdn sy tak gemuk....org lain sibuk nak mengdiet sbb nak kuruskan bdn...sy tak perlu diet sbb bdn mmg kurus...jadi saya blh balon apa sahaja yg sy rs nak balon....

kenapa yer tiap kali sy minum air sy akan ke bilik kecil untuk membuat pelaburan small water.... blh dikatakan mcm nie....kalau sy minum 10 gelas air...sy akan ke bilik kecil 20 kali...huhu...mcm mana bdn sy nak develope susu kalau air dlm badan sy kurang....kesian dekat ariq sbb tak puas minum susu.

kenapa yer susu sy tak juga bertambah walaupun dah mcm2 petua sy usahakan untuk menambahkan susu... antara petua spt minum air halba yg rs tak berapa nak sedap tu, sikat dgn sikat dibahagian payu dara, minum susu, minum air horlick dan mcm2 lagi...... walaupun susu sy tak bnyk tp sy tetap bersyukur kerana daripada tak ada langsung baiklah ada walaupun sedikit.. cumanya sy kesiankan dak ariq sbb tak kenyang...tu sbbnya la setiap sejam die akan bgn dr tido untuk menyusu.....kesian ariq.

sy bukanlah nak mengeluh atau nak melawan qada dan qadar dr Dia... sy cuma hendak berkongsi rasa dgn korang semua apa yg sy rs...itu sahaja...... sy terima takdir dengan seadanya dan sy bersyukur dgn apa yg sy terima......mungkin ada hikmah disebaliknya.....insyaAllah

1 comment:

wardah said...

Hmm...jgn la sedih. Ada hikmah semua tu. Apa kata jumpa doktor ke...urut ke...manala tahu kan??