About Me

My photo
Malaysia
Agen sah Dianz Vitamin ............

Wednesday, January 27, 2010

perbualan suami isteri

6.35 pagi - encik hubby baru pulang dari kerja. saya sambut suami di muka pintu, salam tangan encik hubby...lepas tu hubby tanya

papa : ma, mana budak bushuk?
mama : tido lagi
papa : aik.... lambat bangun, selalu dah bangun...
mama : a'a dia bngn td... baru tido blk
papa : patut la.....

mama : pa... nak minum air milo tak?..kalau nak mama nak buatkan..
papa : buat air kopi la...kopi ada kan
mama : ada.......
papa : papa nak keluar blk jap g ni...mama g keje pa keluar skali...
mama : ooooooo

7.15 pagi - saya bersiap untuk ke kerja. en hubby cek air kereta dan panaskan enjin.....encik hubby kejutkan ariq dr tido... hubby sayang2 ariq, saya salam tangan en hubby...

*** itu sahaja perbualan sy dengan encik hubby......... hari-hari sebelumnya pun...saya dengan hubby memang jarang berbual...hubby jenis pendiam...xcakap banyak...cakap bila perlu sahaja....

*** pagi saya pergi kerja, hubby pun kerja... petang saya balik, hubby belum balik...bila dia balik saya dan anak tengah tidur...... jadi bila masa saya nak bercakap banyak dengan dia......

Tuesday, January 26, 2010

i'tiraf

Raihan / Mega Utami
(CC / Abu Nawas & Farihin Abdul Fatah)



I'tiraf

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

sumbangan : www.liriklagu.com

Monday, January 25, 2010

sennyum simpul

salam,





hai kawan-kawan, ini la wajah terbaru ariq, wajah ariq yang malu-malu kucing, hahaha......
ariq frust sangat dengan papa, ariq ajak papa pergi mandi air laut sambil kutip remis dekat melaka... tapi papa tak nak balik melaka... apa la papa tu, asyik kerja kerja kerja jer..... kesian ariq tak dapat nak mandi air laut. ariq suruh mama pujuk papa balik melaka, ariq nak mandi laut.. ariq dah kepinginnnn sangat nak mandi laut... bestt tau mandi laut sambil kutip remis dekat laut yang dekat melaka tuu.... ariq dah lupa nama tempat tuu... dlu masa ariq dalam perut mama, mama ada bawa ariq pergi sana......




waktu ni ariq tergelak sebab dengar mama dok membebel.. ntah apa yang mama bebelkan ariq pun tak tau...
wajah poyo ariq... ekeke

Thursday, January 21, 2010

tiada tajuk

salam,

hari ni rasa bosan sangat dekat ofis, nak update blog, tak tau nak karang apa..... contest pun dah lama tak join, huh... apa nak jadi la dengan mama ariq ni kan kan kan....

Friday, January 15, 2010

Thursday, January 14, 2010

perkembangan ariq



salam,

dah lama saya tak update tentang perkembangan ariq kan, hari ni terasa nak update pulak....
pada saya ariq ni seorang budak yang bijak ( hehe mesti la nak puji anak sendiri kan, sila jgn rasa jelik pada saya ok )........



ariq pada hari ini berusia 1 tahun 3 bulan 7 hari, pada usia ni antara perkara yg dah boleh ariq lakukan adalah seperti

- boleh menyebut perkataan nek nek ( merujuk nenek ), tet ( merujuk cat ), mbik ( merujuk
ambil), nak, nah ( ariq akan sebut nah bila kita minta sesuatu barang dari dia), mama,
papa
, bird. ni je la yg baru ariq pandai sebut.



- dah tau anggota badan seperti mata, kaki dan tangan. kalau kita tanya mana mata, dia akan
kenyitkan mata, kalau tanya tangan dia akan angkat tangan, kalau kaki dia angkat kaki.

- dah pandai menerima arahan, selalu saya akan suruh ariq sendiri masukkan baju kotor
dalam mesin basuh, kemas mainan dia sendiri n mcm2 lagi la.

- dah pandai mkn n minum sendiri. kalau kita nak suapkan nasi atau apa2 je.. dia akan sibuk nak makan sendiri. bila sy mkn nasi dgn papa, saya akan letakkan sekali nasi ariq dlm pinggan untuk dia makan sendiri. kalau ariq mkn sendiri mmg satu dapur la akan bersepah.

- dah tau bagi signal nak kencing atau yek yek. signal dia mudah je... kalau dia pakai CD, dia suruh sy bukak CD tu, kalau dia tak pakai CD, dia akan pegang bird2 dia. smlm buat pertama kalinya ariq berjaya yek yek dlm bilik air. mcm ni kisahnya, saya baru lps suap makan ariq, saya bukak baju n segalanya nak salinkan yg baru sbb baju tu dah kotor, saya masuk bilik air nak basahkan kain nak lap badan ariq, sekali saya nampak ariq pergi menyandar kat pintu, tangan dok pegang bird2, saya panggil dia suruh masuk dlm bilik air, ayat sy mcm ni " Muhammad Ariq meh masuk bilik air kencing kat sini", dia berlari2 dtg kat saya, sampai je kat saya, ariq buat muka mengeram nak yek yek.. hhmm,, buk bak buk bak jatuh yek yek dia... bau pulak, menusuk kalbu.... dah mcm org dewasa punya jee.......

- buat bunyi kucing, bunyi harimau

- dah pandai bersalam, give me five, bye bye

bnyk lagi la yg ariq dah tau buat, tak tersenarai pulak oleh saya..... semua kanak2 pun bijak, memang Allah ciptakan kebijaksanaan kepada kanak-kanak.

saya betul2 respect dekat baby qarissa, umur awal setahun dah boleh membaca. saya ambil panduan jugak la dari ibu qarissa dalam mendidik ariq untuk menjadi kanak2 yg bijak. saya selalu merujuk pada blog ini dalam mendidik ariq.

suka betul ariq masuk dalam benda alah ni... benda alah ni meja tau, penutup atas dia boleh bukak, ariq mmg sngt suka main dgn benda alah ni...

Wednesday, January 13, 2010

kenapa kah??

salam semua,

hhmmm, saya ada kemuskilan skit ni...... mcm ni,

ariq kalau berada dengan saya, dia seorg budak yg aktif sngt, duduk rumah mmg tak reti duduk diam, panjat sana, panjat sini, main itu, main ini.. pinggan mangkuk kat rumah dah bnyk yg pecah gara2 ariq, button on off tv pun dah rosak penangan ariq asyik bukak tutup tv je, kalau nak on tv kena on kat plug, mcm tu jugak kalau nak off tv, kena offkan plug, radio saya yg saya beli msa duk belajar dlu pun dah patah tempat penutup CD, saya bwa ariq dkt ofis pun, ariq tak duk diam, bwa ariq naik komuter ke, g shopping ke... berlari sana berlari sini, main itu main ini....
dgn kwn2 dia dkt rumah bukan main lagi dia bermain, siap buli lagi budak2 tu


uwaaa.........radio ku dah ranap gara2 ariq

pendek dan panjang kata mmg aktif kalau ariq disamping saya, papa, nenek n manusia yg selalu berada disekitar dia

tetapi masalahnya sekarang adalah.....

semlm waktu nak ambil ariq dekat taska, pengasuh dia bagi tau....ariq suka menyendiri...duduk sorang2, tak bercampur dgn budak2 lain, tak main permainan yg ada kat situ..... duduk diamm je...suara langsung tak keluar, tak menangis, tak hek, tak hok...diam je....

masa hari pertama sy nak daftarkan ariq msk taska tu..... ariq siap buli lagi sorang budak kat taska sbb berebutkan mainan, masa dia buli budak tu sy ada bersama dengan ariq kat taska tu... pengasuh dia tngk ariq berebutkan mainan terus dia bagi mainan lain kat ariq......

tapi bila saya tak ada dari pandangan ariq, ariq jadi seorg budak yg pasif...

dah hampir sebulan ariq kat taska tu...... masih jugak ariq tak bergaul atau bermain dgn budak2 kat situ atau mainan yg ada kat situ..... budak2 lain pengasuh dia kata seminggu dua dah mula bergaul n bermain, tapi ariq dah sebulan....... keadaan ni sedikit sebanyak membuatkan saya berasa risau gak.....

hhhmmmmm......

adakah ariq seorang budak yg pemalu??

adakah ariq seorg budak yg pandai bawa diri pabila org tua tak ada disisi dia ??

adakah ariq berasa tidak selamat berada di taska ?? mungkinkah dia berasa org di taska memberikan ancaman kepada dia??

Tuesday, January 12, 2010

check up

salam,

pagi tadi bawa ariq pergi cek up kat klinik nilai, berat badan ariq dah naik ke 10kg. tak tau nak cerita mcm mana. yang pasti ariq memang tak reti duk diam, semua org tegur lasaknya budak ni........ jom layan gmbr2 kat bwh nie, actually nak ambil bnyk lagi gmbr tp tak blh nak ambik sbb ariq tak duduk diam, mana nak ambik gmbr, mana nak kejar ariq lagi...huh,


baik je ariq duduk kat kerusi tuu...... sambil memandu sambil ambil gmbr ariq, hehehe sbb nak mskkan dlm blog...ekekke


ada taman permainan la kat klinik ni...... ariq nmpk je benda alah ni terus bekejar ke sini





tak sabar2 ariq panjat tangga nak main gelonggsor........ sekali ada sorang pakcik tu dtg daaaaaa, knp dia dtg erk???





org ni la dtg, larang tak bagi main sbb benda alah ni basah disirami air hujan





wajah tak puas hati ariq sbb tak leh nak main gelongsor...... itu la ariq, tadi mama dah larang ariq jangan main.....ariq nak gak main......kan dah kena tegur dgn pakcik tu....




tau tak ariq tunjuk apa tu....... ariq tunjuk burung gagak yg kebetulan lalu kat situ... ariq tunjuk burung tu sambil sebut "bird"... hehehe anak mama dah nak pandai berckp ke...




keluar dari klinik nak ambil keta tengok keta kena blok kiri kanan depan belakang..... gerammm jeee.... sejam lebih menunggu tak jugak dtg org2 yg nak alih keta....last2 sy msk blk klinik minta kunci keta dgn pemilik keta kancil yg kat depan keta sy ni...alihkan keta dia...baru la sy leh keluar..... tak leh nak salahkn org2 ni jugak sbb kat klinik nilai tu tempat sempit...susah org nak parking keta....org yg dtg kat klinik ni la dtgnya dr seluruh kaw. nilai.........huhu





eh eh...kenapa perut saya ni...ngandung lagi ke??...eh dak leh,,,, dlm baju sy tu ada ariq.....ariq ngah menenen...sepanjang jln dr klinik smpai la kat rumah ariq menenen sambil sy memandu kereta..ariq kehausan sbb melasak sngt kat klinik.......gmbr ni diambil ketika sy dah sampai kat rumah, sblm trun dr keta ambil gmbr dlu....ekekke

Monday, January 11, 2010

yummy yummy

ariq suka sangat makanan yang berasaskan sup, sup ayam ke, sup ikan ke, sup sayur yer, tak kira apa jua masakan yg berbunyi sup dia akan suka, makanan berasaskan lemak dia kurang suka contohnya macam masak lemak ke, masak kari ke,... ikut perangai macam saya kot, sy tak suka sangat masakan yg berasaskan santan ni, saya lebih suka makanan berasaskan air...heheh

k la... gmbr kat atas tu sup makaroni, ariq suka sangat makan sup makaroni tu, dalam sup makaroni tu saya campur dengan jagung, karet n ayam, cara masak sup ni mudah je, tumis bawang putih pastu mskkan ayam pastu masukkan air, pastu masukkan la bahan yg saya sebutkan tadi tu..... jgn lupa mskkan gula garam skit, kalau tak nak mskkan gula pun tak pe sbb jagung tu dah blh buat kuah tu rasa manis jagung....

semangkuk tu ariq makan tak cukup, dia nak tambah lagi, tapi saya dah tak bagi...hehehhe... sbb dah petang tak leh bagi mkn bnyk2, karang susah nak tido mlm...

potty training

salam,

hari tu saya ada bagi tau kan yg dak ariq tak sihat..... alhamdulillah hari ni dia dah sihat.. hhmmmm.. nak citer skit keadaan ariq pada hr selasa semasa saya nak ambik ariq pada petang hari tu...... pagi selasa tu saya dah pesan dekat penyelia taska supaya bagi ubat cirit birit, ubat sakit perut dengan air garam dekat ariq... penyelia tu anguk2nya ( anguk2 tanda tak paham upanya).....

petang sy nak ambil tu, ada satu penjaga ni bagi tau ariq cirit birit, dia tanya saya tak tinggalkan ubat ke... saya dah terkejut dah... saya bagi tau kat dia... saya dah tinggalkan ubat dengan air garam supaya bagi dekat ariq, saya cek bakul ariq, ubat dengan air garam tak terusik langsung... petang sy ambil ariq tu, badan ariq lemah je... tau2 je la kan, budak cirit birit n muntah2, makan pulak tak da selera, bergantug pada susu jer... mana nak ada tenaganya..... suruh bagi air garam penjaga tu tak bagi.... mlm tu sy bagi air glukos dkt ariq supaya ada tenaga skit, bnyk dia minum air glukos tu, tp lepas dia minum, terus termuntah balik air glukos tu.... badan dia lak makin lemahhh jee..... sian sy tengok dia....

esok tu mmg sy tak hantar kat taska, sy ambil cuti jaga sendiri ariq, alhamdulillah kini ariq dah sihat, makan pun dah kembali normal iaitu pantang tngk makanan semua pun nak makan. heheh...

wajah ariq lepas bangkit dr tido.. time ni waktu lepas g kencing

berbalik pada tajuk asal pasal potty training, sy percaya ibu2 kat luar sana dah mula ajar anak2 potty training seawal usia anak 12 bulan kan. bnyk blog ibu2 yg saya baca ada menceritakan tentang potty trainig anak2.

saya pun dah memulakan potty trainig dkt ariq sejak ariq berusia 12 bulan. biasanya sy buat pada hari sabtu dan ahad je, hari2 lain tak sempat nak buat, kojo kan...... biasanya pagi2 ariq bangkit dari tido, saya bukakan CD ariq, tarik dia msk tandas..... pastu buat bunyi ssshhhhtttt...... dengar je bunyi tu dia akan pegang bird2 dia,, pastu dia akan buang air kecil la.... lepas je dia kencing tu, saya dah tak pakaikan dia CD blk, pakaikan seluar je smpai tengah hari... sejam sekali sy akan tarik dia msk tandas.. kadang2 dia kencing, kadang2 dia tak kencing, tapi kadang2 terkencing jugak ariq atas lantai. nak kena banyak bersabar skit la kalau kita nak potty trainig anak2 ni....kempis je ponggong ariq bila tak pakai CD, sila abaikan pemandangan sekitar rumah tu yer.... itu semua ariq punya keje.

alhamdulillah sejak semlm ariq dah ada kemajuan skit.... bangun je dari tido dia sendiri suruh saya bukak CD nak kencing, CD pulak tak basah, kering je....dia dah jarang kencing malam..... kadang2 basah jugak CD dia....

sepanjang saya cuti untuk jaga ariq ni,.. saya tak pakaikan CD ariq sepenuhnya di siang hari kecuali kalau nak keluar je..... yer.... ariq akan terkencing jugak atas lantai... ada satu hari tu.... ariq teryek2 atas lantai... saya tak perasan langsung sbb tengah kusyuk tengok tv, sekali ada bau yg menusuk kalbu, baru la saya perasan ariq ngah wat keje...... bak kata ijan, anakkk anakk.......

penat.... mmg penat tapi nak kena bnyk bersabar la bila kita nak hasil yg memberangsangkan.

dekat rumah ariq dah pandai bgi signal kat saya bila dia nak kencing, tak tau la kat taskan mcm mana... tau je la, org lain tak kan paham kerenah anak kita......
ariq tak pakai CD

Tuesday, January 5, 2010

x sihat





salam,

nak citer skit tentang anak teruna saya....

ariq tak siat sekarang nie... cirit birit dengan muntah-muntah.... ariq cirit birit selang 10 hingga 15 minit sekali pada hari sabtu n ahad tu...... pastu bila bagi makan ariq akan muntahkan balik makanan tu... kesian anak mama.....


sepanjang dia tak sihat tu.... asyik terbaring je dia.... tak melasak, tak senyum, tak gelak.... kalau selalu tu bukan main lasak lagi dia...xleh duk diam langsung..... sedih saya tengok keadaan ariq yg mcm tu........

berat badan ariq pun dah turun... semalam g timbang berat dia dah turun ke 9 kg....huhu,,,, cian anak mama....... semlm dia dah kurang skit cirit birit.... mudah-mudahan hari ni ariq dah kembali akitf.... ariq mama rindu nak tengok ariq tersenyum n tergelak........ ariq kuatkan semangat ye..... cepat sembuh ye sayang..
sepanjang dia cirit birit nie saya pakaikan dia kain lampin je..... sebab asyik nak kena bertukar je lampin tuuu.... senang skit pakai kan lampin tu....buat cawat terus ikat je... baju pun sy tak pakaikan sbb kalau die berak habis seluar n lantai penuh ngan yek yek dia je....... keje saya tak der lain mengelap yek yek n basuh berak ariq jer..... hehehehhe.....


wajah ariq yg tak ceria.........kesian anak mama
hhmmm.... cuba korang teka ariq tengah wat apa tu........ ha dah teka ke..... dah tau ke ariq ngah wat apa tu........ yerrr betul ariq ngah mengisai baju mama nak cari nenen.....hehhehe.... sepanjang hari hisap nenen je ariq.... yer la, tak mkn nasi kan nenen je la keje dia......