About Me

My photo
Malaysia
Agen sah Dianz Vitamin ............

Friday, August 28, 2009

3 tahap berpuasa



IBADAT puasa Ramadan adalah fardu ain bagi setiap Muslim dan Muslimah.

Kefarduan ini ditetapkan dalam al-Quran, sunnah dan kesepakatan ulama.

"Telah difardukan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah difardukan

ke atas orang yang terdahulu daripada kamu." (al-Baqarah:83)

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya puasa Ramadan." (Riwayat Bukhari)

Berpuasa perlu dilakukan mengikut tatacara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dan diterangkan ulama supaya ibadat berkenaan membawa keredaan, keberkatan dan pahala berganda.

Tetapi hari ini kita menemui ada golongan yang berpuasa dengan gaya tersendiri seperti puasa di depan khalayak, berbuka bila berseorangan, manakala ada juga berpuasa perut, tetapi anggota lain tidak.

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin menyebut, puasa ada tiga kedudukan iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat.

Puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Sementara puasa khusus al-khusus ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah sepenuhnya.

Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara selain daripada Allah dan hari akhirat.

Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.

Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata, sesiapa yang pada siang Ramadan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, ditulis satu kesalahan kerana ia lahir daripada sikap kurang percaya pada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezeki yang dijanjikan.

Tahap puasa seperti ini ialah tahap nabi, as-siddiqin dan al-muqarrabin.

Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan, tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.

Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:


  • Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.

  • Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.

  • Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang haram dituturkan, haram juga didengar.

    Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud: "Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram." (al-Maidah:42)

  • Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka.

    Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal, tetapi berbuka dengan makanan haram.

  • Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.

    Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.

  • Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.
  • Wednesday, August 26, 2009

    susu ebm dan bekalan ariq

    salam

    alhamdulillah dlm 4 hari berpuasa nie bekalan susu untuk ariq masih seperti biasa iaitu 15 oz ebm, 3oz perbotol, ariq minum satu hari 15 oz tambahan pulak die dah mkn pelbagai mcm makanan. setiap hri sy akan bekalkan untuk ariq setengah periuk bubur nasi, satu bekas air ribena, biskut @ roti dan 15oz susu... alhamdulillah setiap kali sy ambil ariq waktu ptg semua bekalan yg sy bekalkan habis dimakan oleh ariq. ariq nie mmg jenis baby yg pemakan( ikut perangai mama die kuat mkan)

    berbalik pda susu... sy akan pam 3 sesi di opis

    sesi pertama / 10.00 a.m = 6 - 7 oz (alhamdulillah)
    sesi kedua / 1.00 pm = 3 oz (alhamdulillah)
    sesi ketiga / 4.00pm = 2 1/2 - 3 oz (alhamdulillah jugak)

    3 sesi ni dapat la ariq 4 kali minum.

    selepas tu sy akan pam pukul 5.00am selepas sahur. dapat dlm 3 oz, kadang2 pg sy skip pam sebab ariq dah habis minum direct. kalo sy skip pam sy akan ambil dr stok. biasa kalo dah ambil dr stok dah tak blh nak ganti blk...huhuhu.....

    alhamdulillah walaupun sedang berpuasa, hasil tenusu sy masih lagi sama seperti biasa. semoga Tuhan mempermudahkan urusan sy sepanjang bf ariq. amin.

    oh yer, untuk maintankan susu, sy bnyk mkn kacang panjang, lps tu pulak.... bila berbuka sy minum jus kurma.. n bersahur pulak sy minum air horlick n jus kurma jugak.....

    jus kurma nie sy buat sendiri je......... caranya, blend buah kurma dgn air msk, blend bnyk2..... lps tu wat stok dlm peti ais... bila nak minum, ambil dr peti ais n terus minum... tak yah letak gula atau pemanis dah, sbb buah kurma nie dah mmg manis...heheh.. cuba la...sedappp tauuuu

    Monday, August 24, 2009

    gigi vs berjalan

    salam....

    dah lama rsnya sy tak update psl ariq kan... hhmmm, sejak kamera rosak nie xde mood nak update sbb xleh nak mskkan gmbr.huhu....

    hhmmm,, perkembangan ariq yg terkini, ariq dah tumbuh 8 btng gigi dlm usia 10 bulan. gigi geraham kecil pun dah tumbuh... mulut lak tak reti duk diam, ada je benda yg die nak bg tau kat kita..... biasa la ayat die... gi gi , aaa, mama, papa... mcm2 lagi la perkataan yg kita tak phm....

    org tua2 kata kalo budak cepat tumbuh gigi lmbt blh berjln....ada benarnya jugak kata2 tu.... ariq msh lagi blm blh berjln sendiri... masih lagi kena berpaut kat mana2 atau berpimpin tngn bru leh jln... sekarang nie sy hanya duk menunggu msa utk ariq berjln sendiri... xsbr rsnya nak tgu saat itu.

    tabiat terbaru ariq,, die dah pandai protes skrng nie, kalo die tak puas hati kat sesuatu benda, cnthnya bila die nak nenen, sy lmbt2kan, die nak main benda yg sy tak bg main, die akan tarik kedua2 belah telinga die, bila die buat aksi tu...sy tau la tu ada benda yg die tak puas hati.... mcm2 gaya btl la ariq nie.... tp mama geli hati tngk aksi ariq tu.... :)

    Friday, August 21, 2009

    selamat berpuasa

    salam,

    selamat berpuasa kepada seluruh umat islam tak kira berada dimana jua. semoga dengan kehadiran bulan ramadhan ini akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah s.w.t. InysaAllah. ermmm......... bagi ibu2 yg menyusukan anak seperti saya, mesti berasa risau kan susu akan drop, hhmmm....... xyah la nak risau sngt, yakinlah bahawasanya susu akan cukup untuk anak, selain itu, sentiasalah beritahu anak yg kita berpuasa dan mungkin susu akan berkurangan sedikit seperti biasa,, InsyaAllah anak itu akan paham. dan apa jua yg berlaku, sentiasalah yakin kepasaNya yang susu itu akan cukup......

    selamat berpuasa yee...... :). insyaAllah sy akan berpuasa penuh tahun ni....

    Wednesday, August 5, 2009

    hidup yg tak terurus

    salam...

    dlm minggu nie sy rs hidup sy mmg tak terurus..... dtg keje pon capai baju yg tak perlu nak digosok, kain tudung je ambil je mana yg tak yah nak gosok.... padan ke tak padan ke...belkang kira janji pakai baju n tudung....... huhu...sadis kan...

    semlm dtg keje hp tertinggal di rumah....smpaikan nak trasfer duit kak haza pon tak dapat, janji nak transfer hr nie...tup2 td bila nak transfer cr hp....xder jugak dlm hand bag......pass pon tak da.... hr nie sy jd pendatang....bwa kereta dr nilai ke seri kembangan tanpa ada lesen n kad pengenalan.. kalo kena tahan ngan polis mau kena jail dicop sebagai pendatang tanpa izin....huhuhu.... kak haza sorry ye, hr ni pon tak dpt nak transfer jugak.......:(

    bila la hidup sy nak kembali normal seperti biasa

    Tuesday, August 4, 2009

    double penat....

    salamz....

    dah 2 hari sy ulang alik dr nilai ke seri kembangan, dua2 hr nie jugak merupakan hr yg mencabar bg sy, dua2 hr nie jugak sy tersesat jln utk ke tempat kerja..... sebelum nie sy tak pernah tahu dimana letaknya JJ equine, hr nie sy tahu letaknya dimana, pasar borong seri kembangan dimana hr ni jugak sy mengetahui tempatnya di mana.......

    blh dikatakan perjalanan sy utk ke tempat kerja sungguh mencabar, semalam sy tersesat di dalam kaw, Putrajaya..... hr nie pulak sy tersasar jln ke Puchong, mujurlah ada persimpangan ke serdang n seri kembangan.... dr situ sy jumpa tmn equine n mcm2 lagi..... semlm pulak sy blk kerja pun sy tersasar ke tmn equine, menyedari sy dah terlajak jln sy berpatah blk dr tmn equine ke putrajaya..... sungguh penat badan sy dibuatnya........

    hari nie sy menyedari bhwa sy bukanlah seorg yg blh memandu kenderaan dlm jarak yg jauh, sbbnya sy mudah mengantuk bila berada di dlm kenderaan, sebelum ni sy ingatkan hanya bila jadi penumpang sy mengantuk n tido sepanjang dlm kenderaan, rupa2nya w'pun sy tak jadi penumpang n jadi pemandu sy tetap mengantuk... buktinya dua2 hr sy blk n pergi kerja sy berasa mengantuk yg amat sngt.....

    semlm hr pertama ariq berada di sekolah baru, guru bg tahu semlm ariq menangis di waktu paginya sbb mencari mama........ almaklumlah die tak biasa lagi dgn guru baru..... lps tengah hari tu guru bg tahu ariq dah tak nangis,.....

    smlm bila sy smpai rumah sy jerit nama ariq, ariq dngr je suara sy terus die merangkak dgn lajunya ke arah sy lps tu hulurkan tangan die nak suruh sy dokong die...girang betul hati ariq bila nampak sy...... ariq nie kebelakangan nie menjadi seorang yg amat manja dengan sy.........

    Monday, August 3, 2009

    cerita seminggu

    salam..

    alhamdulillah setelah sekian lama mencari rumah sewa akhirnya ketemu juga akhirnya...... w'pun tidak sebesar mana rumahnya tp bg sy besar, w;pun tak secantik mana rumahnya tp bg sy ianya cantik....hehhehe

    rumah yg sy sewa nie rumah kg, w;pun rumah kg tp ia rumah batu, ada tanah lapang skit, blh la nak wat menanam kacang panjag, kacang botol, cili n lain2 lg........

    seminggu sy ambil cuti utk masuk rumah nie... letih btl bdn sy dibuatnya...... mana taknya,, cri itu la, cri ini la..... mcm2 lagi la...... benda yg mula2 sy cri ialah peti ais dgn mesin basuh... yer la peti ais sbb nak wat simpan susu ariq, lps nie blh la sy wat stok susu utk ariq, heheh

    cerita tentang ariq pulak,,, seminggu sy bercuti nie mmg makin menjadi2 manjanya ariq dgn sy, lngsung tak nak dekat org lain dah, papa ambil pun sekejap je pastu menangis nak suruh sy ambil die... bila sy ambil terus diam..... mana2 sy nak pergi pun mesti ariq berekor kat belakang sy.... hr nie ariq msk sekolah baru, ntah apa cerita la ariq dekat sekolah baru tuu.......